Monday 30 July 2012

coklat...coklat n coklat lagi...!!




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


            "....eee,x mo la mkn coklat...GEMOK la.....eeee..."        


Mesti ramai cakap mcm tu kn..??????heee..........


Diakui coklat mengandungi lemak tetapi lemak ini sihat dan tidak menggemukkan!!!
Paling penting, dalam setiap perkara, kita perlu sederhana dan pengambilan coklat sebagai makanan harian juga perlu dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

jom kite tgk kebaikan mkn Dark Coklat....banyak tau.....x tipu.....hee....=)
Kandungan unik coklat gelap boleh merangsang otak untuk mengeluarkan lebih banyak endorphin dan serotonin, iaitu bahan kimia yang memainkan peranan penting untuk memperbaiki emosi , tidur, memori dan mengurangkan stress . Pengambilan sedikit coklat gelap di antara waktu makan juga boleh membantu mengawal selera makan.
Hakikatnya, pengambilan coklat khususnya coklat hitam (dark chocolate) amat penting untuk kesihatan. Ini kerana, coklat hitam mengandungi antioksidan lapan kali lebih tinggi berbanding buah strawberi. Kajian yang dilakukan juga mendedahkan kandungan flavonoid, iaitu bahan antioksidan dalam koko, baik untuk kesihatan jantung kerana ia boleh melancarkan aliran darah, mengurangkan risiko pembentukan darah beku dan memperbaiki tahap kolesterol, selain melindungi kerosakan dan keradangan sel.




---------------------------------------------------------------------------------------------------------
INFO: Kandungan Coklat


Polyphenols
Antara kandungan utama dalam coklat yang berfungsi mencegah tengik.

- Menjadi penangkis kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan strok. Jangan risau, jika sekadar mengambil dalam kuantiti diperluka
n.


Theobromine
Sebaik menjamah coklat, individu akan berasa lebih bertenaga. Mata mengantuk secara automatik akan terbuka dek penangan bahan theobromine.

Bagi individu yang diserang batuk, disyorkan mengambil coklat kerana dikatakan lebih mujarab daripada ubat batuk. Seperti teh yang digunakan untuk mencuci muka, kini coklat turut dijadikan pupur bagi menyegarkan k
ulit wajah.


Phenylethylamine
Kandungan phenylethylamine memberikan rangsangan otak yang menghasilkan dopamine. Kesan kehadiran dopamine mencetuskan perasaan ceria dan tenteram hingga membangkitkan mood romantis. Justeru coklat sangat sesuai sebagai hadiah paling romantik.

Antioksidan

Bagi individu yang risau dengan garis penuaan yang mula timbul di wajah, coklat barangkali boleh membantu. Sifat antioksidan mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan kesan radiasi. Gaya hidup tidak seimbang dengan pilihan makanan segera yang diambil tanpa had juga menjadi penyumbang mempercepatkan proses berkenaan.

so....jom la mkn dark coklat slalu ye....\(>____<)/


No comments:

Post a Comment